Kerja gig.Kini lebih terlindung.

Perlindungan keselamatan sosial PERKESO untuk komuniti gig TROOPERS, supaya anda boleh fokus mencari rezeki dengan lebih yakin.

Pekerja gig daripada pelbagai sektor dengan perlindungan LINDUNG Kendiri
1.25%setiap syif selesai
Bermula1 November
Tentang inisiatif

Apa itu LINDUNG Kendiri?

Skim keselamatan sosial PERKESO untuk pekerja gig yang bekerja di bawah penyedia platform. TROOPERS menguruskan pendaftaran dan potongan caruman secara automatik melalui integrasi dengan PERKESO.

Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap
Mempunyai perjanjian perkhidmatan dengan penyedia platform
Menerima pendapatan daripada syif gig yang diselesaikan
1.25%
kadar caruman
daripada setiap transaksi syif yang berjaya diselesaikan melalui TROOPERS
Selesaikan syifTerima pendapatan gig anda
Potongan automatik1.25% dimasukkan ke wallet caruman PRIHATIN
Diuruskan TROOPERSCaruman disalurkan kepada PERKESO melalui integrasi sistem
Kadar caruman tahunan ialah RM157.20
Telus pada setiap syif

Lihat potongan terus dalam slip pendapatan anda

Setiap kali anda menyelesaikan syif, potongan PERKESO 1.25% akan dipaparkan sebagai baris berasingan dalam butiran pendapatan syif TROOPERS.

TROOPERS memotong 1.25% daripada pendapatan setiap syif yang anda selesaikan.
Contoh: RM100.00 × 1.25% = RM1.25Anda boleh menyemak jumlah potongan bagi setiap syif sebelum melihat jumlah pendapatan bersih.

Bagaimana jika caruman anda kurang atau berlebihan?

Caruman kurang daripada RM157.20 setahun

Jika caruman anda tidak mencukupi, anda akan dimaklumkan oleh pihak PERKESO untuk menambah caruman sehingga mencukupi kadar minimum.

Caruman melebihi RM157.20 setahun

Selepas caruman tahunan Pelan 1 (RM157.20) dicapai, potongan diteruskan sehingga maksimum 24 bulan (RM314.40). Lebihan caruman akan dikreditkan semula ke Bahagian Gaji Tersedia dalam TROOPERS App.

Contoh paparan Ringkasan Pendapatan TROOPERS dengan potongan PERKESO 1.25 peratus bagi setiap syif
Contoh paparan — jumlah sebenar mengikut pendapatan syif
Manfaat perlindungan

Bekerja dengan lebih tenang

Caruman anda membuka akses kepada perlindungan sosial apabila berlaku bencana pekerjaan semasa menjalankan aktiviti gig.

Faedah perubatan

Rawatan perubatan berkaitan bencana pekerjaan mengikut kelayakan dan syarat PERKESO.

Gantian pendapatan

Faedah hilang upaya sementara atau kekal jika kemalangan menjejaskan keupayaan bekerja.

Perlindungan keluarga

Faedah kepada orang tanggungan yang layak sekiranya berlaku kematian akibat bencana pekerjaan.

Caruman automatik

Potongan caruman 1.25% dibuat secara automatik melalui aplikasi TROOPERS bagi setiap syif yang berjaya diselesaikan.

Ketahui lebih lanjut berkenaan faedah

Lihat faedah penuh di PERKESO ↗
Jenis dan amaun faedah adalah tertakluk pada kelayakan, terma dan penilaian PERKESO.
Cara caruman berfungsi

Caruman automatik melalui TROOPERS

Talent tidak perlu mendaftar atau membuat caruman sendiri. TROOPERS menguruskan pendaftaran dan potongan caruman melalui integrasi dengan PERKESO.

01

Lengkapkan syif

Selesaikan syif melalui aplikasi TROOPERS seperti biasa.

02

Potongan 1.25% automatik

Caruman dipotong daripada pendapatan bagi setiap syif yang berjaya diselesaikan.

03

Semak slip pendapatan

Butiran potongan PERKESO dipaparkan secara berasingan untuk setiap syif.

04

Semak di PRIHATIN

Selepas diproses oleh PERKESO, semak transaksi dan rekod caruman melalui aplikasi atau Portal PRIHATIN.

Sudah mencarum?

Semak rekod caruman anda melalui Aplikasi atau Portal PRIHATIN PERKESO.

Semak di PRIHATIN ↗
LINDUNG KendiriPERKESO

Tatacara semakan transaksibayaran caruman pekerja gig

Ikuti langkah berikut untuk menyemak transaksi bayaran caruman melalui aplikasi PRIHATIN.

1

Muat turun aplikasi PRIHATIN di telefon pintar. Pastikan aplikasi yang digunakan ialah versi terkini.

2

Klik ikon menu di penjuru kanan atas skrin.

3

Klik “Daftar Akaun/Log Masuk”.

4

Masukkan nombor kad pengenalan, kemudian klik “Seterusnya”.

5

Masukkan kata laluan, kemudian klik “Log Masuk”.

6

Klik menu “Bekerja Sendiri”.

7

Skrin akan memaparkan maklumat caruman yang telah didaftarkan.

8

Klik “Lihat Transaksi Pekerja Gig”.

9

Skrin “Transaksi Masuk” akan memaparkan jumlah keseluruhan transaksi penolakan daripada Penyedia Perkhidmatan.

10

Skrin “Transaksi Keluar” akan memaparkan jumlah caruman yang telah dibayar oleh penyedia platform kepada PERKESO. Pembayaran dibuat mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh PERKESO.

TROOPERS

Dalam TROOPERS: semak potongan 1.25% bagi setiap syif yang selesai melalui slip pendapatan.

PERKESO

Dalam PRIHATIN: semak transaksi caruman selepas bayaran dihantar dan diproses oleh PERKESO.

Jika jumlah caruman belum mencukupi, anda akan dimaklumkan melalui aplikasi PRIHATIN.

Paparan halaman utama aplikasi PRIHATIN PERKESO

Ketahui Dunia Keselamatan Sosial Anda

Muat turun aplikasi PRIHATIN

Sumber: PERKESO · www.perkeso.gov.my ↗

FAQ

Soalan? Kami ada jawapannya!

Rujuk jawapan rasmi PERKESO, atau panduan khusus TROOPERS untuk talent mengenai perlindungan LINDUNG Kendiri.

Siapakah yang dimaksudkan sebagai pekerja gig di bawah Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872]?

Pekerja gig merujuk kepada seorang individu warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia yang memeterai perjanjian perkhidmatan (contract for service) dengan entiti kontrak termasuk penyedia platform dan menerima pendapatan atas perkhidmatan yang diberikan.

Siapakah yang dimaksudkan sebagai penyedia platform di bawah Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872]?

Penyedia platform merujuk kepada mana-mana penyedia sistem pengantara digital yang menghubungkan perkhidmatan oleh pekerja gig kepada pengguna perkhidmatan.

Apakah kewajipan penyedia platform?

Penyedia platform hendaklah memastikan pendaftaran pekerja gig, pematuhan pembayaran caruman serta pelaporan kepada PERKESO selaras dengan peruntukan Akta 872.

Apakah perbezaan caruman pekerja gig di bawah Akta 872 dengan LINDUNG Kendiri di bawah Akta 789?

Caruman Skim LINDUNG Kendiri kepada pekerja gig di bawah Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872] adalah mandatori. Caruman ini akan diuruskan dan dipotong melalui penyedia platform secara automatik.

Manakala bagi caruman di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789], individu bekerja sendiri perlu mendaftar dan membayar sendiri caruman untuk mendapatkan perlindungan.

Adakah semua pekerja gig wajib mencarum di bawah LINDUNG Kendiri dan Akta 872?

Tidak. Hanya pekerja gig yang bekerja dan menerima pendapatan melalui penyedia platform sahaja yang diwajibkan mencarum di bawah Akta 872 dan LINDUNG Kendiri (Akta 789). Pekerja gig yang bekerja bukan melalui penyedia platform boleh mencarum secara sukarela seperti LINDUNG Kendiri sedia ada.

Siapakah yang akan membayar caruman pekerja gig yang mempunyai platform kepada PERKESO?

Penyedia platform bertanggungjawab membuat potongan daripada pendapatan pekerja gig dan mencarum kepada PERKESO bagi pihak pekerja gig melalui sistem perantara digital penyedia platform yang diintegrasikan dengan Application Programming Interface (API).

Adakah pekerja gig perlu membuat pendaftaran sendiri bagi tujuan potongan caruman di bawah Akta 872?

Tidak perlu. Pendaftaran dan caruman pekerja gig akan diuruskan oleh penyedia platform. Namun, pekerja gig digalakkan menyemak status caruman di Portal PRIHATIN PERKESO, aplikasi PRIHATIN atau hadir ke pejabat PERKESO berhampiran.

Berapakah kadar potongan caruman daripada pendapatan pekerja gig?

Kadar potongan caruman ialah 1.25% daripada setiap transaksi syif atau job yang diselesaikan. Potongan dikumpulkan ke dalam akaun gig pekerja gig sehingga jumlah terkumpul mencukupi bayaran tahunan pelan caruman pilihan di bawah Akta 789.

Apakah pelan caruman yang disediakan di bawah Skim LINDUNG Kendiri kepada pekerja gig?

Caruman pekerja gig dipotong secara automatik berdasarkan Pelan 1 (RM157.20 setahun). Untuk menaik taraf, jumlah caruman dalam akaun platform perlu mencukupi atau pekerja gig boleh membuat bayaran tambahan melalui Portal PRIHATIN atau aplikasi PRIHATIN.

PelanPendapatan Bulanan DiinsuranskanCaruman BulananCaruman Tahunan
1RM1,050RM13.10RM157.20
2RM1,550RM19.40RM232.80
3RM2,950RM36.90RM442.80
4RM3,950RM49.40RM592.80
Bagaimana jika pekerja gig bekerja dengan lebih daripada satu penyedia platform?

Pekerja gig boleh mendaftar dan menjalankan pekerjaan di pelbagai penyedia platform. Semua potongan yang dibuat oleh setiap platform akan disatukan di dalam akaun gig pekerja.

Bagaimana jika pekerja gig menjalankan lebih daripada satu aktiviti pekerjaan sendiri?

Jika semua aktiviti pekerjaan sendiri dilaksanakan melalui penyedia platform, pekerja gig hanya perlu mencarum di bawah satu sektor, iaitu Sektor Penyedia Perkhidmatan.

Jika pekerja gig turut menjalankan pekerjaan sendiri selain Sektor Penyedia Perkhidmatan, caruman bagi pekerjaan tersebut perlu dibuat mengikut sektor berkaitan di bawah LINDUNG Kendiri (Akta 789).

Bilakah tempoh perlindungan LINDUNG Kendiri pekerja gig bermula?

Tempoh perlindungan pekerja gig bermula daripada penerimaan syif atau job pertama yang dilakukan oleh pekerja gig.

Bagaimana dengan caruman bagi pekerja gig tanpa penyedia platform?

Pekerja gig tanpa penyedia platform tidak dimandatorikan untuk mencarum di bawah peruntukan Akta 872. Walau bagaimanapun, mereka masih boleh mencarum secara sukarela bagi mendapatkan perlindungan yang sama.

Bagaimana jika potongan caruman tidak mencukupi berdasarkan syif yang telah dilakukan?

Pekerja gig akan menerima notifikasi untuk membuat bayaran tambahan bagi mencukupkan pelan minimum sedia ada. Bayaran boleh dibuat melalui Portal PRIHATIN PERKESO, aplikasi PRIHATIN atau di pejabat PERKESO berhampiran.

Apa berlaku jika potongan caruman telah mencapai had pelan semasa?

Jika caruman mencapai had tahunan Pelan 1 (RM157.20), potongan diteruskan sehingga maksimum 24 bulan dengan syarat pelan sedia ada telah diselesaikan. Pekerja gig juga akan menerima notifikasi mengenai pilihan menaik taraf ke pelan lebih tinggi.

Bagaimana jika penyedia platform tidak membuat potongan caruman bagi pihak pekerja gig?

Pekerja gig hendaklah menghubungi penyedia platform masing-masing untuk membuat pendaftaran supaya potongan caruman dapat dilaksanakan secara automatik melalui akaun platform.

Bagaimana jika penyedia platform belum bersedia membuat potongan caruman melalui API?

Penyedia platform hendaklah menghubungi PERKESO untuk pendaftaran secara manual atau pukal, termasuk proses pendaftaran dan penerimaan bayaran caruman. Pembayaran caruman hendaklah dibuat oleh pekerja gig secara one-off terus kepada PERKESO melalui kaedah yang ditetapkan.

Jika pekerja gig sudah mempunyai caruman aktif, adakah potongan melalui penyedia platform masih dibuat?

Ya. Potongan caruman melalui penyedia platform tetap akan dibuat dan akan terhenti apabila caruman pekerja gig telah genap 24 bulan.

Bagaimana dengan tempoh perlindungan Akta 789 yang sedang aktif?

Tempoh perlindungan di bawah Sektor Penyedia Perkhidmatan (sektor gig) akan bersambung dengan perlindungan sedia ada yang masih aktif jika aktiviti pekerjaan sendiri tersebut juga merupakan pekerjaan di bawah penyedia platform.

Apakah skim perlindungan yang disediakan kepada pekerja gig?

Pekerja gig mendapat perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan Sendiri, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG Kendiri).

Apakah takrifan “bencana pekerjaan sendiri”?

“Bencana pekerjaan sendiri” ialah kecederaan diri yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit pekerjaan berikutan dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri, termasuk perjalanan yang berkaitan dengan pekerjaan tersebut.

Apakah manfaat faedah yang disediakan di bawah LINDUNG Kendiri?

LINDUNG Kendiri menyediakan lapan faedah:

  1. Faedah Perubatan: Rawatan berkaitan bencana pekerjaan sendiri di klinik atau hospital kerajaan mengikut had dan syarat.
  2. Faedah Hilang Upaya Sementara: 80% daripada pendapatan bulanan diinsuranskan, minimum RM30.00 hingga maksimum RM105.33 sehari, tertakluk kepada cuti sakit minimum empat hari termasuk hari bencana.
  3. Faedah Hilang Upaya Kekal: 90% daripada pendapatan bulanan diinsuranskan, minimum RM31.50 hingga maksimum RM118.50 sehari.
  4. Elaun Layanan Sentiasa: RM500.00 sebulan bagi penerima yang memenuhi syarat.
  5. Faedah Orang Tanggungan: Bayaran bulanan kepada tanggungan atau waris yang layak, minimum RM31.50 hingga maksimum RM118.50 sehari.
  6. Faedah Pengurusan Mayat: RM3,000.00 kepada tanggungan atau waris yang menguruskan jenazah.
  7. Faedah Pinjaman Pendidikan: Untuk anak tanggungan yang memenuhi syarat.
  8. Kemudahan Pemulihan Jasmani dan Vokasional: Termasuk fisioterapi, terapi pekerjaan, pembedahan rekonstruktif, prostetik, ortotik dan pemulihan vokasional.
Apakah penentuan jumlah kadar faedah dalam LINDUNG Kendiri?

Jumlah kadar faedah ditentukan berdasarkan pilihan pelan caruman oleh pekerja gig.

Apakah kadar faedah berdasarkan pilihan pelan caruman tahunan?

Kadar faedah adalah berdasarkan pendapatan bulanan yang diinsuranskan mengikut pelan berikut:

PelanPendapatan Bulanan DiinsuranskanCaruman Tahunan
1RM1,050RM157.20
2RM1,550RM232.80
3RM2,950RM442.80
4RM3,950RM592.80
Bagaimana permohonan tuntutan faedah boleh dibuat?

Permohonan dibuat menggunakan Borang Tuntutan Faedah LINDUNG Kendiri (Borang PS2), yang boleh diperoleh daripada laman rasmi PERKESO atau pejabat PERKESO berdekatan. Dokumen sokongan seperti laporan polis (jika berkaitan), sijil cuti sakit dan bukti pekerjaan sendiri perlu disertakan.

Apakah implikasi jika pekerja gig tidak dilindungi oleh LINDUNG Kendiri?

Tanpa perlindungan LINDUNG Kendiri, pekerja gig dan keluarga berisiko kehilangan pendapatan dan menghadapi kos perubatan yang tinggi jika berlaku kemalangan atau penyakit berkaitan pekerjaan.

Apakah manfaat jangka panjang pelaksanaan LINDUNG Kendiri kepada ekosistem pekerjaan gig?
  • Meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja gig.
  • Menyediakan perlindungan pendapatan semasa bencana pekerjaan sendiri.
  • Mengurangkan beban kewangan keluarga pekerja.
  • Menyokong pembangunan ekonomi gig yang selamat, mampan dan inklusif.
Adakah pekerja gig layak membuat tuntutan jika caruman tidak mencukupi amaun pelan yang dipilih?

Pekerja gig layak membuat tuntutan jika diperakui mengalami bencana pekerjaan sendiri. Walau bagaimanapun, tertakluk kepada dasar dan polisi berkuat kuasa, kekurangan caruman akan ditolak (set-off) daripada bayaran faedah yang layak diterima.

Bagaimanakah kadar faedah ditentukan jika pekerja gig menukar pelan perlindungan dalam tempoh yang sama?

Pekerja gig hanya akan menerima kadar bayaran faedah mengikut pelan perlindungan yang dipilih pada masa itu. Tiada hitung kira berlaku kerana kaedah pembayaran caruman adalah secara pre-paid.

Sumber: Soalan-soalan Lazim PERKESO Bil. 2/2026, 31 Mac 2026.

Tentang LINDUNG Kendiri

Apakah yang melindungi saya sebagai talent TROOPERS?

Anda dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan Sendiri PERKESO, sebahagian daripada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG Kendiri).

Adakah saya pekerja gig di bawah Akta Pekerja Gig 2025?

Ya, jika anda warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang mempunyai perjanjian perkhidmatan (contract for service) dengan platform seperti TROOPERS, dan anda memperoleh pendapatan daripada syif yang anda selesaikan. Ini menjadikan anda pekerja gig di bawah Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872].

Adakah TROOPERS penyedia platform?

Ya. Penyedia platform ialah mana-mana platform digital yang menghubungkan pekerja gig dengan pihak yang memerlukan perkhidmatan mereka. TROOPERS menghubungkan anda dengan syif daripada majikan, jadi TROOPERS ialah penyedia platform anda di bawah Akta 872.

Apakah tanggungjawab TROOPERS terhadap saya di bawah Akta ini?

Sebagai penyedia platform anda, TROOPERS mendaftarkan anda dengan PERKESO, memastikan caruman anda dibayar dengan betul, dan melaporkannya kepada PERKESO, seperti yang dikehendaki oleh Akta 872.

Adakah saya wajib mencarum?

Ya, jika anda bekerja dan memperoleh pendapatan melalui platform seperti TROOPERS. Caruman adalah wajib di bawah Akta 872 dan LINDUNG Kendiri (Akta 789).

Saya juga melakukan kerja gig tanpa sebarang platform. Perlukah saya mencarum untuk kerja itu?

Ia tidak diwajibkan di bawah Akta 872. Anda masih boleh mencarum secara sukarela di bawah skim LINDUNG Kendiri sedia ada untuk mendapatkan perlindungan yang sama.

Apakah bezanya dengan mendaftar LINDUNG Kendiri sendiri?

Apabila anda bekerja melalui TROOPERS, caruman adalah wajib di bawah Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872], dan TROOPERS memotongnya untuk anda secara automatik. Individu bekerja sendiri yang tidak bekerja melalui platform perlu mendaftar dan membayar sendiri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789].

Apakah yang dikira sebagai “bencana pekerjaan sendiri”?

Ia ialah kecederaan diri yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit pekerjaan yang berlaku kerana, dan semasa, anda menjalankan kerja anda. Ini termasuk perjalanan yang berkaitan dengan kerja tersebut.

Caruman Anda

Perlukah saya mendaftar dengan PERKESO sendiri?

Tidak. TROOPERS mendaftarkan anda dan menguruskan caruman anda. Kami tetap mengesyorkan anda menyemak status caruman dari semasa ke semasa melalui aplikasi PRIHATIN, portal PRIHATIN, atau di pejabat PERKESO yang berdekatan.

Berapakah jumlah yang dipotong daripada pendapatan saya?

1.25% daripada setiap syif yang anda selesaikan. Potongan anda dikumpulkan dalam akaun aplikasi PRIHATIN anda sehingga mencukupi untuk membayar caruman tahunan bagi pelan anda.

Mengapakah saya melihat dua jenis potongan berbeza dalam aplikasi TROOPERS?

Dua potongan berbeza dipaparkan dalam slip pendapatan anda:

  • Potongan PERKESO (1.25%): caruman LINDUNG Kendiri anda kepada PERKESO.
  • Caj Platform (2%): yuran platform TROOPERS. Ia bukan sebahagian daripada caruman PERKESO.

Contoh bagi pendapatan asas RM100.00: potongan PERKESO ialah RM1.25 dan caj platform ialah RM2.00. Anda boleh melihat pecahan ini dalam Ringkasan Pendapatan anda.

Siapakah yang membayar caruman saya kepada PERKESO?

TROOPERS yang membayarnya. Kami memotong caruman daripada pendapatan anda dan membayarnya kepada PERKESO bagi pihak anda, melalui sistem yang disambungkan terus kepada PERKESO (API).

Saya berada di bawah pelan caruman yang mana?

Pelan 1 (RM157.20 setahun), dipotong secara automatik. Mahu pelan yang lebih tinggi? Akaun anda perlu mempunyai caruman yang mencukupi untuknya, atau anda boleh membuat bayaran tambahan melalui aplikasi atau portal PRIHATIN.

PelanPendapatan Bulanan DiinsuranskanCaruman BulananCaruman Tahunan
1RM1,050RM13.10RM157.20
2RM1,550RM19.40RM232.80
3RM2,950RM36.90RM442.80
4RM3,950RM49.40RM592.80
Apakah yang berlaku apabila potongan saya mencapai had pelan?

Potongan caruman anda akan diteruskan sehingga mencukupi jumlah maksimum bagi tempoh 24 bulan (RM314.40 bagi Pelan 1). Sebarang lebihan selepas itu akan dikreditkan semula ke Bahagian Gaji Tersedia di dalam TROOPERS App anda.

Saya sudah mencarum LINDUNG Kendiri. Adakah TROOPERS masih akan memotong?

Ya. Potongan melalui TROOPERS akan diteruskan sehingga jumlah caruman anda di PERKESO mencukupi untuk tempoh 24 bulan (RM314.40 bagi Pelan 1). Jumlah ini termasuk caruman yang anda buat sendiri atau melalui platform lain. Jika terdapat lebihan, PERKESO tidak akan menerimanya dan TROOPERS akan memulangkan jumlah lebihan tersebut kepada anda.

Apakah yang berlaku kepada perlindungan LINDUNG Kendiri yang sedia ada?

Jika kerja tersebut juga dilakukan melalui platform, perlindungan sedia ada anda akan diteruskan di bawah Sektor Penyedia Perkhidmatan (sektor gig) tanpa terputus.

Saya juga bekerja dengan platform lain. Bagaimana caranya?

Tiada masalah. Anda boleh mendaftar dan bekerja dengan lebih daripada satu platform. Potongan daripada setiap platform akan digabungkan dalam akaun gig anda.

Saya juga melakukan kerja sendiri yang lain. Adakah saya perlu mencarum dua kali?

Tidak, jika semuanya dilakukan melalui platform. Anda hanya mencarum di bawah satu sektor, iaitu Sektor Penyedia Perkhidmatan. Bagi kerja sendiri di luar sektor itu, anda mencarum secara berasingan di bawah sektor LINDUNG Kendiri yang berkaitan (Akta 789).

Isu Caruman

Bagaimana jika potongan saya tidak mencukupi untuk pelan?

Anda akan dimaklumkan oleh pihak PERKESO untuk menambah caruman sehingga mencukupi pelan minimum. Bayaran boleh dibuat melalui aplikasi PRIHATIN, portal PRIHATIN, atau di pejabat PERKESO yang berdekatan.

Saya tidak nampak potongan PERKESO dalam pendapatan saya. Apa yang perlu saya lakukan?

Maklumkan kepada kami supaya kami boleh mendaftarkan anda dan memotong caruman anda secara automatik. Pergi ke Profil → Hubungi Kami → Lain-lain dan hantar tiket. Lampirkan tangkapan skrin Ringkasan Pendapatan anda untuk membantu kami menyemak dengan lebih cepat.

Membuat Tuntutan

Bagaimanakah cara membuat tuntutan?

Isi Borang Tuntutan Faedah LINDUNG Kendiri (Borang PS2). Anda boleh mendapatkannya di laman web PERKESO atau di pejabat PERKESO yang berdekatan. Lampirkan dokumen sokongan anda, seperti:

  • Laporan polis (jika berkaitan)
  • Sijil perubatan
  • Bukti pekerjaan sendiri
Bolehkah saya membuat tuntutan jika belum mencarum jumlah penuh pelan?

Ya, selagi anda diperakui mengalami bencana pekerjaan sendiri. Sebarang kekurangan caruman akan ditolak (set-off) daripada bayaran faedah anda, tertakluk kepada dasar yang berkuat kuasa.

Bagaimana jika saya menukar pelan di pertengahan tempoh?

Anda akan menerima faedah berdasarkan pelan yang anda sertai pada masa itu. Tiada pengiraan semula, kerana caruman dibayar secara pendahuluan (prepaid).