Faedah perubatan
Rawatan perubatan berkaitan bencana pekerjaan mengikut kelayakan dan syarat PERKESO.


Perlindungan keselamatan sosial PERKESO untuk komuniti gig TROOPERS, supaya anda boleh fokus mencari rezeki dengan lebih yakin.

Skim keselamatan sosial PERKESO untuk pekerja gig yang bekerja di bawah penyedia platform. TROOPERS menguruskan pendaftaran dan potongan caruman secara automatik melalui integrasi dengan PERKESO.
Setiap kali anda menyelesaikan syif, potongan PERKESO 1.25% akan dipaparkan sebagai baris berasingan dalam butiran pendapatan syif TROOPERS.

Caruman anda membuka akses kepada perlindungan sosial apabila berlaku bencana pekerjaan semasa menjalankan aktiviti gig.
Rawatan perubatan berkaitan bencana pekerjaan mengikut kelayakan dan syarat PERKESO.
Faedah hilang upaya sementara atau kekal jika kemalangan menjejaskan keupayaan bekerja.
Faedah kepada orang tanggungan yang layak sekiranya berlaku kematian akibat bencana pekerjaan.
Potongan caruman 1.25% dibuat secara automatik melalui aplikasi TROOPERS bagi setiap syif yang berjaya diselesaikan.
Ketahui lebih lanjut berkenaan faedah
Lihat faedah penuh di PERKESO ↗Talent tidak perlu mendaftar atau membuat caruman sendiri. TROOPERS menguruskan pendaftaran dan potongan caruman melalui integrasi dengan PERKESO.
Selesaikan syif melalui aplikasi TROOPERS seperti biasa.
Caruman dipotong daripada pendapatan bagi setiap syif yang berjaya diselesaikan.
Butiran potongan PERKESO dipaparkan secara berasingan untuk setiap syif.
Selepas diproses oleh PERKESO, semak transaksi dan rekod caruman melalui aplikasi atau Portal PRIHATIN.
Semak rekod caruman anda melalui Aplikasi atau Portal PRIHATIN PERKESO.


Ikuti langkah berikut untuk menyemak transaksi bayaran caruman melalui aplikasi PRIHATIN.
Muat turun aplikasi PRIHATIN di telefon pintar. Pastikan aplikasi yang digunakan ialah versi terkini.
Klik ikon menu di penjuru kanan atas skrin.
Klik “Daftar Akaun/Log Masuk”.
Masukkan nombor kad pengenalan, kemudian klik “Seterusnya”.
Masukkan kata laluan, kemudian klik “Log Masuk”.
Klik menu “Bekerja Sendiri”.
Skrin akan memaparkan maklumat caruman yang telah didaftarkan.
Klik “Lihat Transaksi Pekerja Gig”.
Skrin “Transaksi Masuk” akan memaparkan jumlah keseluruhan transaksi penolakan daripada Penyedia Perkhidmatan.
Skrin “Transaksi Keluar” akan memaparkan jumlah caruman yang telah dibayar oleh penyedia platform kepada PERKESO. Pembayaran dibuat mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh PERKESO.

Dalam TROOPERS: semak potongan 1.25% bagi setiap syif yang selesai melalui slip pendapatan.

Dalam PRIHATIN: semak transaksi caruman selepas bayaran dihantar dan diproses oleh PERKESO.
Jika jumlah caruman belum mencukupi, anda akan dimaklumkan melalui aplikasi PRIHATIN.

Muat turun aplikasi PRIHATIN
Sumber: PERKESO · www.perkeso.gov.my ↗
Rujuk jawapan rasmi PERKESO mengenai perlindungan LINDUNG Kendiri untuk pekerja gig di bawah Akta Pekerja Gig 2025.
Pekerja gig merujuk kepada seorang individu warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia yang memeterai perjanjian perkhidmatan (contract for service) dengan entiti kontrak termasuk penyedia platform dan menerima pendapatan atas perkhidmatan yang diberikan.
Penyedia platform merujuk kepada mana-mana penyedia sistem pengantara digital yang menghubungkan perkhidmatan oleh pekerja gig kepada pengguna perkhidmatan.
Penyedia platform hendaklah memastikan pendaftaran pekerja gig, pematuhan pembayaran caruman serta pelaporan kepada PERKESO selaras dengan peruntukan Akta 872.
Caruman Skim LINDUNG Kendiri kepada pekerja gig di bawah Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872] adalah mandatori. Caruman ini akan diuruskan dan dipotong melalui penyedia platform secara automatik.
Manakala bagi caruman di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789], individu bekerja sendiri perlu mendaftar dan membayar sendiri caruman untuk mendapatkan perlindungan.
Tidak. Hanya pekerja gig yang bekerja dan menerima pendapatan melalui penyedia platform sahaja yang diwajibkan mencarum di bawah Akta 872 dan LINDUNG Kendiri (Akta 789). Pekerja gig yang bekerja bukan melalui penyedia platform boleh mencarum secara sukarela seperti LINDUNG Kendiri sedia ada.
Penyedia platform bertanggungjawab membuat potongan daripada pendapatan pekerja gig dan mencarum kepada PERKESO bagi pihak pekerja gig melalui sistem perantara digital penyedia platform yang diintegrasikan dengan Application Programming Interface (API).
Tidak perlu. Pendaftaran dan caruman pekerja gig akan diuruskan oleh penyedia platform. Namun, pekerja gig digalakkan menyemak status caruman di Portal PRIHATIN PERKESO, aplikasi PRIHATIN atau hadir ke pejabat PERKESO berhampiran.
Kadar potongan caruman ialah 1.25% daripada setiap transaksi syif atau job yang diselesaikan. Potongan dikumpulkan ke dalam akaun gig (wallet) pekerja gig sehingga jumlah terkumpul mencukupi bayaran tahunan pelan caruman pilihan di bawah Akta 789.
Caruman pekerja gig dipotong secara automatik berdasarkan Pelan 1 (RM157.20 setahun). Untuk menaik taraf, jumlah caruman dalam wallet platform perlu mencukupi atau pekerja gig boleh membuat bayaran tambahan melalui Portal PRIHATIN atau aplikasi PRIHATIN.
| Pelan | Pendapatan Bulanan Diinsuranskan | Caruman Bulanan | Caruman Tahunan |
|---|---|---|---|
| 1 | RM1,050 | RM13.10 | RM157.20 |
| 2 | RM1,550 | RM19.40 | RM232.80 |
| 3 | RM2,950 | RM36.90 | RM442.80 |
| 4 | RM3,950 | RM49.40 | RM592.80 |
Pekerja gig boleh mendaftar dan menjalankan pekerjaan di pelbagai penyedia platform. Semua potongan yang dibuat oleh setiap platform akan disatukan di dalam akaun gig pekerja (wallet).
Jika semua aktiviti pekerjaan sendiri dilaksanakan melalui penyedia platform, pekerja gig hanya perlu mencarum di bawah satu sektor, iaitu Sektor Penyedia Perkhidmatan.
Jika pekerja gig turut menjalankan pekerjaan sendiri selain Sektor Penyedia Perkhidmatan, caruman bagi pekerjaan tersebut perlu dibuat mengikut sektor berkaitan di bawah LINDUNG Kendiri (Akta 789).
Tempoh perlindungan pekerja gig bermula daripada penerimaan syif atau job pertama yang dilakukan oleh pekerja gig.
Pekerja gig tanpa penyedia platform tidak dimandatorikan untuk mencarum di bawah peruntukan Akta 872. Walau bagaimanapun, mereka masih boleh mencarum secara sukarela bagi mendapatkan perlindungan yang sama.
Pekerja gig akan menerima notifikasi untuk membuat bayaran tambahan bagi mencukupkan pelan minimum sedia ada. Bayaran boleh dibuat melalui Portal PRIHATIN PERKESO, aplikasi PRIHATIN atau di pejabat PERKESO berhampiran.
Jika caruman mencapai had tahunan Pelan 1 (RM157.20), potongan diteruskan sehingga maksimum 24 bulan dengan syarat pelan sedia ada telah diselesaikan. Pekerja gig juga akan menerima notifikasi mengenai pilihan menaik taraf ke pelan lebih tinggi.
Pekerja gig hendaklah menghubungi penyedia platform masing-masing untuk membuat pendaftaran supaya potongan caruman dapat dilaksanakan secara automatik melalui wallet platform.
Penyedia platform hendaklah menghubungi PERKESO untuk pendaftaran secara manual atau pukal, termasuk proses pendaftaran dan penerimaan bayaran caruman. Pembayaran caruman hendaklah dibuat oleh pekerja gig secara one-off terus kepada PERKESO melalui kaedah yang ditetapkan.
Ya. Potongan caruman melalui penyedia platform tetap akan dibuat dan akan terhenti apabila caruman pekerja gig telah genap 24 bulan.
Tempoh perlindungan di bawah Sektor Penyedia Perkhidmatan (sektor gig) akan bersambung dengan perlindungan sedia ada yang masih aktif jika aktiviti pekerjaan sendiri tersebut juga merupakan pekerjaan di bawah penyedia platform.
Pekerja gig mendapat perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan Sendiri, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG Kendiri).
“Bencana pekerjaan sendiri” ialah kecederaan diri yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit pekerjaan berikutan dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri, termasuk perjalanan yang berkaitan dengan pekerjaan tersebut.
LINDUNG Kendiri menyediakan lapan faedah:
Jumlah kadar faedah ditentukan berdasarkan pilihan pelan caruman oleh pekerja gig.
Kadar faedah adalah berdasarkan pendapatan bulanan yang diinsuranskan mengikut pelan berikut:
| Pelan | Pendapatan Bulanan Diinsuranskan | Caruman Tahunan |
|---|---|---|
| 1 | RM1,050 | RM157.20 |
| 2 | RM1,550 | RM232.80 |
| 3 | RM2,950 | RM442.80 |
| 4 | RM3,950 | RM592.80 |
Permohonan dibuat menggunakan Borang Tuntutan Faedah LINDUNG Kendiri (Borang PS2), yang boleh diperoleh daripada laman rasmi PERKESO atau pejabat PERKESO berdekatan. Dokumen sokongan seperti laporan polis (jika berkaitan), sijil cuti sakit dan bukti pekerjaan sendiri perlu disertakan.
Tanpa perlindungan LINDUNG Kendiri, pekerja gig dan keluarga berisiko kehilangan pendapatan dan menghadapi kos perubatan yang tinggi jika berlaku kemalangan atau penyakit berkaitan pekerjaan.
Pekerja gig layak membuat tuntutan jika diperakui mengalami bencana pekerjaan sendiri. Walau bagaimanapun, tertakluk kepada dasar dan polisi berkuat kuasa, kekurangan caruman akan ditolak (set-off) daripada bayaran faedah yang layak diterima.
Pekerja gig hanya akan menerima kadar bayaran faedah mengikut pelan perlindungan yang dipilih pada masa itu. Tiada hitung kira berlaku kerana kaedah pembayaran caruman adalah secara pre-paid.